Laman Utama Kenali Kami

Aluan Pengurus Besar



Kemudahan Bayaran


Rangkaian My Zakat



Soalan Lazim



Sejarah Pusat Zakat Melaka PDF Cetak E-mail

PENGENALAN




Pusat Zakat Melaka ditubuhkan pada 1996, sebelum itu segala pengurusan zakat adalah dikendalikan dan diuruskan oleh Kaunter Zakat Berkomputer. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Pusat Zakat Melaka (PZM) telah diamanahkan untuk menjalankan pengurusan zakat secara profesional bagi memungut dan mengagihkan zakat secara efektif dan bersistematik serta berkesan sesuai dengan objektif untuk menjadikan zakat sebagai satu pemangkin perekonomian dunia Islam di Negeri Melaka. Sebelum penubuhan PZM, segala urusan berkaitan dengan zakat diuruskan oleh Lembaga Wakaf, Zakat dan Baitumal (MAIM) yang mana skop kerjanya adalah lebih tertumpu kepada mengurus dan mengagih berdasarkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Melaka) 1959.

Enakmen ini diwujudkan untuk mengganti kaedah tradisional yang mana guru agama diamanahkan untuk mengutip dan mengagih zakat. Di awal tahun 1993, sistem zakat diperkemaskan lagi di mana Kaunter Zakat Berkomputer (KZB) diperkenalkan dengan skop tugas masih lagi dikekalkan. Ekoran ledakan teknologi maklumat di waktu itu, maka KZB mengambil langkah mewujudkan lima cawangan iaitu di Alor Gajah, Jasin, Merlimau, Melaka Tengah dan di Bangunan Graha Maju supaya kemudahan membayar kepada pembayar - pembayar zakat dipertingkatkan hasil daripada kewujudan pengkalan data pembayar-pembayar zakat.

Nama KZB hanya bertahan selama tiga tahun dan ditukarkan nama kepada Pusat Zakat Melaka bagi menunjukan kesungguhan pihak MAIM dalam meningkatkan lagi sistem pengurusan zakat secara profesional agar dapat mempertingkatkan lagi kutipan zakat dan mengagihkan kepada golongan/asnaf yang berhak menerima zakat dari masa ke semasa lebih bersistematik. Sejarah PZM terukir sekali lagi pada 1 April 2001, apabila dikorporatkan dan skop tugas di pecahkan, di mana PZM diamanahkan kepada kutipan sahaja manakala skop agihan zakat masih lagi diletakan di bawah pengawasan Baitulmal MAIM. Dengan kekuatan empat cawangan iaitu Alor Gajah, Merlimau, Jasin dan Masjid Tanah PZM mengorak langkah sebagai satu badan yang dipertanggungjawabkan bagi memastikan sistem kutipan zakat yang telah diselenggarakan adalah lebih cekap dan teratur, serta setiap individu muslim juga diberikan pendedahan dan pengetahuan dan kesedaran terhadap tuntutan menunaikan fardhu zakat yang merupakan kewajipan mutlak setiap Muslim yang berkemampuan dan memenuhi syaratnya.

 

99 Nama Allah



Pautan Waktu Solat

Tazkirah


Muat Turun


Pengunjung

Kami ada 11 tetamu online

Jawatan Kosong


  • Tiada jawatan kosong yang dibuka buat ketika ini di Pusat Zakat Melaka.