BADAN KORPORAT MELUNASKAN ZAKAT PERNIAGAAN

 

14 Mei 2008 Seri Negeri, Ayer Keroh – Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Eon Cap Islamic Bank Berhad dan ICM Industries Corporation Berhad, telah disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

EON Cap Islamic Bank adalah merupakan salah sebuah agensi kewangan yang menunjukkan komitmen dalam melaksanakan tuntutan pembayaran Zakat Perniagaannya. Pembayaran pada kali ini adalah untuk tempoh kewangan tahun 2007/2008 sejumlah RM 100,000.00 berbanding tahun sebelumnya RM 68,415.09 iaitu peningkatan RM 31,584.91 ( 46.17 %).

ICM Industries Corporation Berhad pula melunaskan Zakat Perniagaannya berjumlah RM 43,578.95 bagi tahun kewangan 2007. Peningkatan bayaran adalah berjumlah RM 20,049.35 iaitu peningkatan sebanyak 117.36% .

Replika cek tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Mohd Shahari bin Ahmad Jabai; Pengarah EON Cap Islamic Bank Berhad manakala bagi ICM Industries Corporation Berhad pula telah disampaikan oleh Pengerusi ICM Industries Corporation Berhad; Y.Bhg. Datuk Hj. Abdul Rahman bin Palit kepada YAB Ketua Menteri Melaka.

Kutipan Zakat Harta sehingga 13 Mei 2007 ialah sebanyak RM 8,351,121.95 iaitu peningkatan sebanyak RM 3,337,071.07 ( 66.55%) berbanding tempoh yang sama tahun 2007 sebanyak RM 5,014,050.88. Manakala bilangan pembayar turut meningkat kepada 13,635 orang berbanding tempoh yang sama tahun 2007 hanya 13,548 orang. Jumlah peningkatan adalah seramai 87 orang atau 0.64%.

Y.A.B. Ketua Menteri merakamkan terima kasih kepada Eon Cap Islamic Bank dan ICM Industries Corporation Berhad di atas pelunasan Zakat Perniagaan mereka serta menyeru kepada mana-mana institusi kewangan dan agensi korporat lain yang masih belum melunaskan zakatnya agar turut melunaskan zakat perniagaan mereka masing-masing, yang boleh diagihkan kepada asnaf zakat yang memerlukannya