Hakcipta Terpelihara
Oleh Pusat Zakat Melaka - 2010ã
1 Mac 2010
Kempen Skim Taqarrub bermula dari 25
Feb hingga 24 Mei 2010
Kempen ini terbuka kepada semua umat Islam yang bermastautin di Malaysia
dan membuat potong zakat di Pusat Zakat Melaka kecuali pekerja Pusat
Zakat Melaka, ahli keluarga terdekat atau individu yang mempunyai kaitan
dengan kempen ini
Hanya potongan zakat yang berjumlah RM10.00 ke atas yang layak untuk
dipilih
Skim taqarrub ini hanya untuk pembayar zakat pendapatan yang baru
dan tambahan melalui potongan gaji sahaja. Tidak temasuk yang telah
sedia ada dan jenis zakat yang lain
Pihak Penaja berhak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan barangan
yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa sebarang notis
Pemenang tidak boleh menukar hadiah yang dimenangi dengan hadiah
lain ataupun dengan wang tunai
Semua pemenang mungkin akan dijemput untuk menghadiri Majlis Penyampaian
Hadiah atau acara publisiti yang lain di lokasi yang akan diberitahu
kelak. Pusat Zakat Melaka mempunyai hak eksklusif untuk mencetak atau
menyiarkan nama dan gambar pemenang untuk tujuan promosi. Pemenang bertanggungjawab
terhadap segala perbelanjaan semasa menghadiri majlis tersebut
Hadiah-hadiah akan dihantar kepada pemenang berdasarkan alamat (di
Malaysia sahaja) terdapat pada rekod Pusat Zakat Melaka. Namun begitu,
pemenang boleh mengambil sendiri hadiah di Pusat Zakat Melaka
Hadiah yang ditawarkan adalah tertakluk kepada perubahan dan atau
peningkatan spesifikasi produk tanpa sebarang notis
Pemilihan pemenang adalah mengikut budi bicara mutlak pihak Pusat
Zakat Melaka dan penaja dan dianggap muktamad
Pusat Zakat Melaka dan penaja tidak akan bertanggungjawab walau dalam
apa keadaan sekalipun terhadap sebarang kegagalan teknikal, campur tangan
manusia dan elektronik atau kesilapan manusia dalam pengurusan dan pemprosesan
kempen ini
Dengan menyertai kempen ini, pembayar zakat dianggap telah membaca,
memahami dan bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat rasmi yang
terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Pusat
Zakat Melaka yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh. Sebarang
surat-menyurat, bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. Pusat Zakat
Melaka juga mempunyai hak eksklusif untuk menukar, meminda dan memotong
atau menambah kandungan dalam terma dan syarat ini tanpa sebarang notis
kepada pserta dan menjadi sah pada tarikh yang dimaklumkan oleh Pusat
Zakat Melaka. Pembayar Zakat bersetuju untuk terikat dengan perubahan
sedemikian
Pihak Pusat Zakat Melaka berhak untuk membatalkan, menamatkan atau
menggantung kempen ini tanpa sebarang notis. Untuk mengelakkan keraguan,
pembatalan, penamatan atau penggantungan kempen ini oleh pihak Pusat
Zakat Melaka tidak melayakkan pembayar zakat untuk membuat sebarang
tuntutan atau pampasan terhadap pihak Pusat Zakat Melaka disebabkan
sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh
pembayar zakat disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan,
penamatan atau penggantungan ini
Kandungan terma dan syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis
kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Pembayar Zakat.
Sekiranya berlaku pertikaian di antara terma dan syarat yang terkandung
di sini dengan terma dan syarat dalam Perjanjian Pembayar Zakat, terma
dan syarat ini akan digunapakai setakat yang berkaitan dengan kempen
Skim Taqarrub